Harta yang bakal ditinggalkan.........
MILIK siapa?

Apakah maksud HARTA dan apa pula maksud HARTA PUSAKA?

Harta

Barang-barang berharga seperti rumah, tanah, wang tunai di bank, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh seseorang ketika hidup.

Harta Pusaka

Harta-harta yang telah ditinggalkan oleh si mati pada tarikh kematian.

Cabaran menguruskan harta pusaka

Salah faham tentang wasiat

Ramai beranggapan wasiat boleh menyelesaikan semua masalah pusaka sedangkan wasiat ada fungsi tertentu dan bukannya dokumen tunggal untuk menyelesaikan amsalah pusaka.

Waris tidak faham hukum faraid

Waris yang berhak dinafikan haknya manakala waris yang tidak berhak pula berebut harta.

Waris tidak faham proses perundangan menuntut harta pusaka

Waris keliru di mana untuk bermula dan prosesnya melibatkan dokumentasi rumit dan terperinci.

Kos pengurusan yang tinggi

Pelbagai caj dikenakan contohnya caj buka fail dan selepas kes selesai, waris dikenakan caj pengurusan pusaka beberapa peratus dari nilai harta pusaka.

'Penama' dianggap sebagai penerima mutlak

Penama hanyalah pentadbir kepada harta tersebut dan penama wajib membahagikan harta berkenaan mengikut hukum faraid kepada waris yang berhak.

Pertelagahan di antara waris

Pertelagahan di antara waris menyebabkan proses tuntutan harta pusaka tergendala.

Golongan KRITIKAL yang perlu merancang harta

Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak

Sebagai contoh, bahagian faraid isteri hanyalah 1/4 manakala selebihnya adalah milik ibubapa simati atau adik beradik si mati sekiranya bapa si mati telah meninggal dunia lebih awal. Perbalahan seringkali berlaku di antara pasangan dan adik beradik si mati.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak angkat sahaja

Anak angkat tidak mempunyai hak langsung ke atas harta pusaka ibubapa angkatnya. Ini bermakna harta pusaka yang ditinggalkan adalah milik ibubapa atau ibu dan adik beradik si mati sekiranya bapa si mati telah meninggal lebih awal.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak perempuan sahaja

Sekiranya bapa si mati telah meninggal lebih awal, selain pasangan, ibu dan adik beradik si mati juga mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak OKU

Hukum faraid tidak membezakan hak di antara anak normal dan anak OKU. Walau bagaimanapun anak OKU mempunyai lebih keperluan untuk mendapat lebih harta kerana mereka mempunyai kekurangan untuk mencari pendapatan sendiri dan menjaga dirinya sepajang hayat.

 

Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan anak perempuan

Ibubapa mungkin berhasrat untuk memastikan anak lelaki dan perempuan mereka mendapat bahagian yang sama rata di antara semua anak-anak.

Pasangan suami isteri yang mempunyai anak di bawah 18 tahun

Seringkali berlaku keadaan di mana suami isteri meninggal serentak akibat kemalangan dan meninggalkan anak-anak di bawah umur. Harta yang berhak ke atas anak-anak bawah umur dipegang oleh pemegang amanah harta yang dilantik oleh Mahkamah. Kebajikan anak-anak ini bisa terjejas sekiranya pemegang amanah ini tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Pasangan suami isteri yang membeli rumah secara pinjaman bersama

Sekiranya salah seorang dari peminjam bersama ini meninggal dunia, separuh bahagiannya ke atas rumah tersebut akan menjadi harta pusakanya di mana waris-waris faraidnya mempunyai hak ke atas sebahagian rumah tersebut.  Ini bermakna, selain pasangan dan anak-anak simati, ibubapa dan adik beradik-beradik simati (sekiranya bapa simati telah meninggal lebih awal dan simati tidak mempunyai anak lelaki) akan sama-sama mempunyai hak ke atas rumah tersebut!

Suami/isteri yang memiliki rumah yang masih dalam pinjaman

Sebagai contoh; rumah dibeli atas nama suami dan apabila suami meninggal dunia maka pasangan yang ditinggalkan perlu menjelaskan baki pinjaman perumahan yang tertunggak. Ini kerana dalam banyak keadaan, baki pinjaman tidak diselesaikan sepenuhnya oleh insurans/takaful. Pasangan perlu bertungkus lumus menyelesaikan tunggakan pinjaman dan selepas ia diselesaikan, waris-waris simati seperti ibubapa (jika ibubapa hidup ketika peminjam mati) atau adik beradik simati (jika simati tiada anak lelaki) tetap mempunyai hak ke atas rumah tersebut. 

Suami yang berpoligami

Apabila suami mati meninggalkan seorang isteri dan mempunyai anak, bahagian faraid isteri adalah 1/8. Namun jika terdapat dua orang isteri, setiap orang isteri akan mendapat 1/16 bahagian. Jika tiga orang isteri, 1/24 bahagian setiap orang manakala jika terdapat 4 orang isteri, setiap isteri mendapat 1/32 bahagian tanpa mengira ‘seniority’ isteri tersebut.

Suami yang kematian isteri dan berkahwin semula

Kebiasaannya sentiasa wujud masalah di antara anak-anak suami dari perkahwinan terdahulu dan isteri baru ayah. Anak-anak kebiasaannya mempunyai persepsi bahawa isteri muda ayah mereka berkahwin dengan ayah kerana ingin membolot harta ayah mereka. Di sini terdapat keperluan untuk merancang awal untuk menjamin kebajikan isteri.

Instrumen Perancangan Harta

hibah

Hibah merupakan pemberian kepada sesiapa sahaja yang dibuat semasa hidup, diberikan atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

wasiat

Bagi orang Islam, wasiat adalah pemberian 1/3 daripada nilai keseluruhan harta kepada bukan pewaris (contohnya kepada anak angkat, maahad tahfiz, rumah anak-anak yatim atau infaq fisabilillah).

amanah

Pemilik harta melantik pemegang amanah untuk menguruskan harta demi kepentingan penerima terutamanya jika waris masih di bawah umur atau kurang upaya. Dengan adanya pemegang amanah, harta yang ditinggalkan akan ditadbir oleh mereka yang profesional dan hak waris akan dilindungi. Ia juga boleh digunakan untuk pemilik terus membuat kebajikan kepada orang ramai.

waqaf

Satu kaedah pemberian harta seperti rumah atau tanah untuk tujuan kebajikan. Waqaf dapat menjamin amal jariah berpanjangan walaupun selepas kita tiada.

Pelan Pengurusan Pusaka

Pelan pengurusan pusaka/Al-Wasitah ini berfungsi untuk menguruskan prosedur pusaka  samada di Pejabat Pusaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi Sivil sehingga Surat Kuasa/Geran Probet dikeluarkan untuk mencairkan pusaka si mati.

Pelan Perancangan Harta

Harta-harta yang boleh dihibahkan ialah:

  • Tabung Haji
  • Kenderaan
  • Barang kemas
  • Akaun bersama
  • Unit Saham Amanah
  • Saham Koperasi
  • Hibah Takaful
  • Amanah Hartanah Berhad (AHB)

Keistimewaan hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad:

  • Format diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad yang berpengalaman sebagai pakar fiqh mawarith, hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan pegawai Pejabat Pusaka Kecil.
  • Perlaksanaan hibah Wasiyyah Shoppe Berhad dibuat sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Syariah dan pada masa yang sama selari dengan undang-undang sivil yang terkait dengan harta yang dihibah.
  • Wasiyyah Shoppe Berhad boleh membantu penyediaan dokumen hibah bagi hartanah yang masih dalam pinjaman bank; satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh membantu masyarakat membuat hibah hartanah bercagar.
  • Harta tidak perlu dipindah milik kepada penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup.
  • Hibah yang diberikan kepada anak,cucu,cicit (keturunan ke bawah) boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa perlu melalui proses penarikan balik di mahkamah.
  • Sekiranya penerima hibah meninggal terlebih dahulu dari pmberi hibah, hak ke atas harta akan berpindah semula kepada pemberi hibah dan boleh dihibahkan semula kepada pihak lain.
  • Format hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad terbukti berkesan kerana telah mendapat perintah pengesahan hibah sebanyak 300 kes dari Mahkamah Tinggi Syariah seluruh semenanjung Malaysia.
  • Penyelesaian bagi cabaran menuntut harta sepencarian ialah masyarakat boleh menyediakan Perjanjian Harta Sepencarian di wasiyyah Shoppe Berhad bagi melindungi hak pasangan.
  • Kewujudan Perjanjian Harta Sepencarian ini memudahkan Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan samada pasangan berhak ke atas harta dan berapa nilai haknya.
  • Perjanjian akan dibuat bagi mengisytiharkan harta tertentu atau keseluruhan harta sebagai hak harta sepencarian sebanyak kadar maksima separuh
  • Bagi harta berkenaan yang telah dimasukkan sebagai hak harta sepencarian di dalam perjanjian ini, hak pasangan akan diserahkan terlebih dahulu sebelum hak waris yang lain diserahkan mengikut hukum faraid.

At-Tijarah merupakan perwarisan perniagaan melalui kaedah hibah. Perniagaan yang telah dihibahkan terkeluar dari pusaka (tidak perlu difaraidkan) dan pemilik perniagaan dapat memastikan perniagaan dapat terus dimanfaatkan oleh waris/benefisiari yang layak menguruskan perniagaan.

  • Al-Mutahabbah memberi peluang kepada waris-waris untuk terus bertemu, berbincang dan bersepakat tentang pengurusan harta dan kebajikan waris-waris pada masa akan datang sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka.
  • Pemilik harta (ibubapa) boleh menetapkan bahawa waris-waris mereka diberikan tanggungjawab sebagai jawatankuasa yang akan membuat keputusan bagi menguruskan harta-harta tertentu.
  • Manfaat harta ini kemudiannya diurus dan dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Konsep amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau entiti yang sah (pembuat amanah/settlor) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada pemegang amanah untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya.

Wasiyyah Shoppe boleh dilantik sebagai pemegang amanah (Trustee) pemilik harta bagi diuruskan mengikut kaedah tertentu seperti yang mereka kehendaki melalui Surat Ikatan Amanah (Trust Deed). 

Harta yang telah diletakkan sebagai Amanah tidak tertakluk kepada harta pusaka  dan tidak perlu diagih kepada warismengikut hukum faraid. Harta ini akan diagih dan diurus sepenuhnya mengikut kehendak pemilik harta seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.

 

Kenapa perlu Pilih Wasiyyah Shoppe Berhad?

Perkhidmatan komprehensif

Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan 30 jenis perkhidmatan perancangan harta dan pengurusan pusaka secara Syariah yang boleh memenuhi hampir kesemua keperluan rakyat Malaysia.

Perkhidmatan percuma untuk WARIS

Wasiyyah Shoppe Berhad adalah satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang boleh memberikan perkhidmatan percuma untuk waris selepas kematian pelanggan. Waris tidak perlu membayar apa-apa fi atau nilai pusaka ditolak.bagi tujuan bayaran fi pengurusan pusaka.

Perkhidmatan peribadi percuma untuk WARIS

Apabila dihubungi, Wasiyyah Shoppe Berhad akan menghantar wakil Jabatan Perundangannya ntuk bertemu waris pada bila-bila masa di mana-mana lokasi di seluruh semenanjung Malaysia bagi memberi khidmat nasihat kepada waris supaya mereka memahami dengan jelas proses perundangan  yang perlu mereka lalui bagi menuntut harta pusaka. Tiada sebarang caj dikenakan untuk perkhidmatan ini.

Perkhidmatan patuh syariah

Segala operasi dan pembangunan perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad melalui proses saringan ketat dan hanya diperkenalkan kepada masyarakat selepas diluluskan oleh Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.

Perkhidmatan terbukti

Perkhidmatan Wasiyyah Shoppe Berhad telah terbukti keberkesanannya dengan lebih 300 perintah pengesahan hibah yang telah diperolehi dari Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia dan 500 kes pusaka telah berjaya diselesaikan dalam tempoh purata tiga hingga lapan bulan.

Video: Kepentingan Merancang Harta

Kenali perunding mawarith anda

Hafizah Mansor

perunding mawarith

Mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia.  Saya merupakan Perunding Mawarith berdaftar dan terlatih di bawah Wasiyyah Shoppe Berhad; sebuah syarikat amanah (trustee company) pertama di Malaysia yang berkepakaran dalam penyediaan dan perlaksanaan hibah secara sistematik di Mahkamah Syariah Malaysia. Saya ingin membantu umat Islam dalam membuat perancangan harta dan pengurusan pusaka mereka. 

HUBUNGI KAMI

Lokasi

Wangsa Maju,
Kuala Lumpur

hubungi kami:

Telefon : 013-5144265

Email : feezamansor@gmail.com

RSS
Follow by Email
Facebook
Facebook
Twitter
YouTube